Pilih tarikh & slot untuk lihat unit available
Nikmati suasana atas air yang tenang, aktiviti memancing bersama keluarga dan momen santai yang bermakna.
Setiap bilik dilengkapi aircond. Tidur nyenyak, anak-anak selesa walaupun cuaca panas.
Lokasi strategik untuk kaki pancing. Mancing tepi rumah rakit sendiri — senang dan santai.
Ruang luas, kawasan BBQ dan susun atur sesuai untuk gathering, reunion dan hari keluarga.
Setiap unit berasingan. Nikmati masa bersama orang tersayang tanpa gangguan.
Unit yang tersedia untuk tarikh yang dipilih.
Isi maklumat di bawah. Selepas submit, popup deposit akan keluar untuk upload resit.
Rumah Rakit Delisha menawarkan pengalaman penginapan yang unik dan istimewa — terus di atas air, jauh dari kesibukan harian, dekat dengan alam semula jadi.
Rumah Rakit Delisha hadir sebagai jawapan kepada keperluan keluarga Malaysia yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang — jauh dari bandar, tenang dan penuh makna. Kami menyediakan 8 unit rumah rakit dengan pelbagai saiz dan kemudahan, sesuai untuk family trip, gathering kecil hingga sesi memancing santai bersama rakan-rakan.
Setiap bilik dilengkapi aircond untuk keselesaan maksimum.
Unit pilihan dilengkapi kolam renang eksklusif untuk keluarga.
Perkhidmatan bot pergi & balik ke rumah rakit tersedia (RM20).
Peralatan memasak asas disediakan untuk keselesaan tetamu.








Lebih 500 keluarga telah menginap di Rumah Rakit Delisha. Inilah antara pengalaman mereka.
"Anak-anak memang seronok sebab pengalaman menginap atas rumah rakit sangat berbeza daripada biasa. Malam tenang, bilik selesa, suasana santai memang memuaskan. Kami dah plan nak datang semula hujung tahun ni!"
"Kami datang berkumpulan untuk berehat dan memancing. Tempat memang sesuai, ada ruang memasak dan suasana yang cukup tenang untuk lepak lama. Ikan pun banyak! Memang puas hati."
"Rumah rakit ini sangat sesuai untuk gathering kecil. Ada privasi, kemudahan lengkap dan pengalaman menaiki bot benar-benar menjadikan trip lebih istimewa. Ini kali ketiga kami datang!"
"Sangat berbaloi! Kolam renang unit No.7 memang menjadi tarikan utama anak-anak kami. Admin pun responsif dan membantu. Proses booking mudah dan cepat. Definitely akan recommend kepada kawan-kawan."
"BBQ atas rumah rakit memang lain rasa dia! Suasana tenang, angin semilir, bintang malam. Pengalaman yang tak dapat kami lupakan. Semua orang dalam group cakap nak datang lagi."
"Sejak pencen, saya selalu cari tempat memancing yang selesa. Rumah Rakit Delisha ni memang terbaik. Tidur selesa, pagi-pagi terus mancing dari tepi rumah rakit. Apa lagi nak cari?"
Ingin berkongsi pengalaman anda?
💬 Hubungi Kami di WhatsAppSila baca semua maklumat di bawah dengan teliti sebelum membuat tempahan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
Deposit tempahan RM50 setiap malam. Selepas submit booking, buat bayaran deposit dan upload resit untuk semakan admin. Baki bayaran wajib sebelum check-in.
Alkohol dan haiwan peliharaan tidak dibenarkan sama sekali. Wajib full payment sebelum check-in pada hari kejadian.
Tambang bot pergi dan balik ke rumah rakit ialah RM20 dan tidak termasuk dalam harga penginapan.
Deposit akan hangus (burn) jika pelanggan membatalkan tempahan dalam tempoh 3 hari sebelum check-in.
Untuk unit berkolan, wajib memakai baju kolam semasa mandi. Wanita diminta memakai seluar sebelum menaiki bot.
Pastikan bekalan makanan sudah dibeli. Bawa arang, air batu, bahan masak dan keperluan lain sebelum check-in.
Bawa air minuman untuk Unit No.1, 2 & 3. Unit No.4, 5, 6, 7 & 8 disediakan penapis air Coway.
Slot akan di-hold selama 30 minit selepas borang dihantar. Sila buat deposit segera untuk sahkan tempahan.
Semua peraturan di atas adalah untuk memastikan keselesaan dan keselamatan semua tetamu. Sebarang pelanggaran boleh menyebabkan tempahan dibatalkan tanpa bayaran balik. Untuk pertanyaan, hubungi kami di WhatsApp.
💬 Ada Soalan? WhatsApp KamiBaca dulu sebelum booking supaya semua jelas. Ada jawapan tentang tempahan, deposit, swimming pool, fasiliti, memancing dan peraturan penginapan.
Semua maklumat harga, unit, kemudahan dan syarat penginapan dalam satu poster rujukan rasmi.
Klik pada poster untuk zum masuk dan baca dengan lebih jelas
Semak tarikh yang available dan buat tempahan terus dari sini.